Pemain nombor satu dunia, Kento Momota terpaksa bertarung sengit dalam set pertama ketika bertemu Viktor Axelsen dari Denmark sebelum berjaya bergelar juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena, pada Ahad.
Pemain dari Jepun itu mengambil masa satu jam untuk menumpas Axelsen, yang menduduki ranking kelima dunia, menerusi 'straight set' 24-22, 21-11.
"Ini kejohanan yang pertama tahun ini, jadi saya terpaksa beri tumpuan sepenuhnya pada kejohanan ini. Ia memang amat sukar bagi kejohanan ini kerana badan saya berkeadaan tidak sempurna.
"Saya tidak menyatakan yang saya paling kuat hingga membolehkan saya menewaskan semua orang walaupun dalam keadaan tidak sempurna, tetapi deria saya lebih tajam dalam menyerang dan memungut mata saya... yakin.
"Walaupun lawan mendapat mata, saya biarkan saja dan terus tumpu untuk mata berikutnya. Perkara-perkara begitu, adalah perbezaan antara saya dan pemain lain," katanya kepada media selepas perlawanan itu.
Pada edisi Malaysia Masters sebelum ini, Momota terkeluar pada pusingan pembukaan setelah tewas kepada rakan senegara, Kenta Nishimoto.
Pemain nombor satu dunia, Chen Yu Fei dari China menjuarai perseorangan wanita dengan permainan singkat berlangsung selama 37 minit untuk menewaskan pemain nombor dua dunia, Tai Tzu Ying dari Taiwan dengan 21-17, 21-10.
Beregu wanita dari China, Li Wen Mei-Zheng Yu (ranking ke-10 dunia) membuat kejutan menang setelah menewaskan rakan senegaranya, Du Yue-Li Yin Hui, yang juga ranking ketujuh dunia dengan keputusan 21-19, 16-21, 21-19.
Satu lagi pasangan dari China menang beregu campuran, apabila pasangan nombor satu dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong memenangi kategori itu selepas menewaskan pasangan nombor dua dunia, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (China), 21-19, 16-21, 21-19.
Dalam acara beregu lelaki, Kim Gi Jung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan menewaskan pemenang ketiga kejohanan, Li Jun Hui-Liu Yu Chen dari China 21-14, 21-16 untuk bergelar juara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 12 2020
Kento Momota daripada Jepun yang menjadi Juara dalam kategori lelaki perseorangan bersama pingat yang dimenanginya pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Master 2020. - Bernama
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
BAM iklan jawatan kosong: Kedudukan tiga jurulatih perseorangan lelaki dalam bahaya?
Persoalan itu timbul selepas BAM mengiklankan di Facebook mengenai pencarian tiga jurulatih perseorangan lelaki untuk skuad senior, hari ini.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."